loader image
TunasMuda Loading....................
LOGOWORDSwhite
TunasMuda
Latar Belakang

SEJARAH TUNASMUDA

Sejarah dan perjuangan untuk menjayakan Koperasi TunasMuda

TunasMuda
LATAR BELAKANG

Koperasi ini telah diasaskan dalam tahun 1963 oleh beberapa pemimpin tempatan dengan sokongan UMNO Sungai Ara dan kerjasama seorang Pegawai Koperatif Melayu (Malay Co-operative Officer) Encik Jaafar bin Haji Abd. Majid. Hanya pada 31 Disember 1966 Koperasi ini didaftarkan di bawah Undang-Undang Syarikat Bekerjasama 33/1948.

Bilangan Pendaftaran 4303 dengan nama Syarikat Bekerjasama-Sama Serbaguna Tunas Muda Sungai Ara dengan Tanggongan Berhad yang kemudiannya dipinda kepada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad pada 30.9.1980.

TUNASMUDA
VIDEO LATAR BELAKANG

Video ringkasan Sejarah :
​Koperasi TunasMuda Sungai Ara Berhad

PERJUANGAN KOPERASI

Sejarah dan perjuangan untuk menjayakan Koperasi ini sebelum dan selepas penubuhannya tidak habis-habis menempuh berbagai rintangan besar dari segala jurusan di samping tidak sedikit sumbangan dan pengorbanan yang diberi oleh orang-orang perseorangan dan pihak-pihak tertentu.

TunasMuda
SEJARAH PERJUANGAN

Antara lain, tujuan utama pada masa penubuhan Koperasi ini ialah untuk mempertahankan tempat kediaman dan mencegah daripada diusir penduduk-penduduk tanah kepunyaan Brown Estate di kawasan Sungai Ara, Relau, Sungai Nibong, Sungai Kluang, Sungai Tiram dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pada masa itu tanah-tanah tersebut sedang dalam rancangan untuk dijual bagi menjelaskan ‘estate duty’ pemiliknya Miss Helen Margaret Brown yang telah meninggal dunia.

PEMBELIAN TANAH

Pada masa itu tanah-tanah tersebut sedang dalam rancangan untuk dijual bagi menjelaskan ‘estate duty’ pemiliknya Miss Helen Margaret Brown yang telah meninggal dunia.

TunasMuda
PEMILIK TANAH

N.T.S. Arumugam Pillai telah membeli sebahagian besar tanah-tanah tersebut. Penduduk-penduduk tanah tersebut yang kebanyakannya orang-orang Melayu golongan miskin terancam dan mungkin diusir keluar oleh pemilik baru bila tanah-tanah tersebut dikehendaki bagi tujuan tertentu seperti pembangunan perumahan dan sebagainya.

Kebanyakan penduduk-penduduk menumpang tinggal dan mencari nafkah di atas tanah-tanah tersebut sebagai penoreh getah, buruh kasar, pesawah, penanam sayur, penternak dan sebagainya yang berpendapatan rendah dan tidak tetap, purata kurang dari RM200.00 sebulan. Mereka inilah kebanyakannya yang menjadi ahli Koperasi ini.

PEMBELIAN TANAH

Sokongan yang kuat juga diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain)

SOKONGAN

Dengan harga RM2,156,000.00 melalui pinjaman sejumlah RM1,000,000.00 dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejumlah RM1,100,000.00.
Bakinya sejumlah RM56,000.00 terpaksa disediakan oleh Koperasi sendiri dalam masa dua (2) minggu.

Seterusnya

SOKONGAN

Sokongan yang kuat juga diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri

Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain

Sokongan yang kuat juga diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain) dengan harga RM2,156,000.00 melalui pinjaman sejumlah RM1,000,000.00 dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejumlah RM1,100,000.00.

Seterusnya

Sokongan Tun Abdul Razak

Sokongan yang kuat juga diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain)

Kerajaan Negeri

Dengan harga RM2,156,000.00 melalui pinjaman sejumlah RM1,000,000.00 dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejumlah RM1,100,000.00.

Bakinya sejumlah RM56,000.00 terpaksa disediakan oleh Koperasi sendiri dalam masa dua (2) minggu.

Seterusnya

Pinjaman Kewangan

Sokongan yang kuat juga diperolehi daripada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussain)

Daftarkan Emel anda untuk menerima risalah terkini.
RISALAH
Koperasi
PEJABAT
Copyright © 2024, All rights reserved TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Malay
English