loader image
TunasMuda Loading....................
LOGOWORDSwhite
TunasMuda
Pengerusi
PENGERUSI

TUAN HAJI SUHAIMI BIN ABDUL JALIL

Assalamualaikum W.B.T.
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih di atas penghormatan untuk memberi kata-kata aluan dalam laman web ini.

Sebagai sebuah Koperasi, interaksi di antara pengurusan dengan anggota perlu dipertingkatkan. Oleh itu saya amat mengalu-alukan akan kehadiran terbitan Buletin Tunas Muda ini yang di harap akan memberi faedah dan pendedahan kepada anggota tentang perkembangan semasa melalui aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi. ​

Saya juga amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana sudah lebih 50 tahun Koperasi ini di tubuhkan. Selama kewujudan Koperasi ini tentunya kejayaan yang diperolehi bukan setakat kemegahan tetapi perlu disusuli dengan peningkatan faedah-faedah kepada anggota Koperasi contohnya seperti duit raya tahunan, skim insuran kelompok, khariat kematian, bantuan bencana alam, biasiswa dan dermasiswa untuk anak anggota dan rumah peruntukan kepada anggota.

TunasMuda

Pergerakan Koperasi

Pergerakan Koperasi kini pula diharap oleh pihak Kerajaan untuk berperanan sebagai sektor ketiga dalam pembangunan negara. Sebagai sektor ketiga,Koperasi perlu turut menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya menyediakan peluang-peluang perniagaan di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan anggota, anak-anak anggot serta keluarga anggota. Ini adalah satu cabaran dan perlu diusahakan oleh Koperasi di dalam mempertingkatkan taraf hidup anggota.

Kejayaan perlulah selari dengan peningkatan semangat kerjasama di kalangan anggota untuk menjayakan aktiviti-aktiviti Koperasi. Koperasi mampu menjalankan perniagaannya sekiranya tanah-tanah milik Koperasi telah dibangunkan sama sekali. Dengan aset yang berbentuk bangunan, rumah kedai, pajakan tanah serta pencarian bank tanah, Koperasi boleh menjalankan perniagaannya​

Harapan-harapan ini hanya dapat dijayakan sekiranya di kalangan anggota, Lembaga Pengarah dan pengurusan mempunyai kesepaduan dari segi matlamat dan cara bertindak serta bekerja. Kita memerlukan fokus dan keutamaan serta kecepatan bertindak tanpa mengenepikan pematuhan peraturan dan undang-undang serta amanah yang dipertanggung jawab kepada kita semua.

Daftarkan Emel anda untuk menerima risalah terkini.
RISALAH
Koperasi
PEJABAT
Copyright © 2024, All rights reserved TunasMuda.
Kaunter Statistik
TunasMuda counter
Malay
English