YAB Encik Ghaffar Baba yang pada masa itu sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar memainkan peranan penting dalam perundingan di antara Koperasi dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Langkah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memilih kawasan Sungai Nibong hingga ke Bayan Lepas untuk dirancang pembangunan kawasan perindustrian dan bandar baru telah merubah segala-galanya.
Nilai-nilai tanah di kawasan ini turut meningkat dengan wujudnya perancangan di atas. Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah berminat untuk membeli tanah daripada Koperasi.