Sejarah dan perjuangan untuk menjayakan Koperasi ini sebelum dan selepas penubuhannya tidak habis-habis menempuh berbagai rintangan besar dari segala jurusan di samping tidak sedikit sumbangan dan pengorbanan yang diberi oleh orang-orang perseorangan dan pihak-pihak tertentu.
Antara lain, tujuan utama pada masa penubuhan Koperasi ini ialah untuk mempertahankan tempat kediaman dan mencegah daripada diusir penduduk-penduduk tanah kepunyaan Brown Estate di kawasan Sungai Ara, Relau, Sungai Nibong, Sungai Kluang, Sungai Tiram dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Pada masa itu tanah-tanah tersebut sedang dalam rancangan untuk dijual bagi menjelaskan ‘estate duty’ pemiliknya Miss Helen Margaret Brown yang telah meninggal dunia.