• BAHASA
    • ENGLISH
    • MELAYU
  • PROFIL
    • SEJARAH
    • SELESAI HUTANG
    • DALAM DILEMA
    • BELIAN TANAH
    • ANUGERAH
    • KEANGGOTAAN
  • PENGURUSAN
    • PENGARAH
    • PENGERUSI
    • JKK KECIL
    • PENGURUSAN
    • AUDIT DALAMAN
  • BERITA
    • BERITA PERISTIWA
    • BERITA KEANGGOTAAN
    • PERUNTUKAN AHLI
    • BULETIN
  • GALERI
    • GAMBAR
    • VIDEO
  • PROJEK
    • JUALAN
    • SEWAAN
    • TELAH DIBINA
  • BORANG
    • BORANG AM
  • DAFTAR
  • HUBUNGI
    • PERTANYAAN AM
    • E-CUTI
    • LOKASI KAMI

PENGURUSAN



PENGERUSI



PENGERUSI



TUAN HAJI SUHAIMI BIN ABDUL JALIL





Assalamualaikum W.B.T.
Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih di atas penghormatan untuk memberi kata-kata aluan dalam laman web ini.

Sebagai sebuah Koperasi, interaksi di antara pengurusan dengan anggota perlu dipertingkatkan. Oleh itu saya amat mengalu-alukan akan kehadiran terbitan Buletin Tunas Muda ini yang di harap akan memberi faedah dan pendedahan kepada anggota tentang perkembangan semasa melalui aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi. ​

Saya juga amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana sudah lebih 50 tahun Koperasi ini di tubuhkan. Selama kewujudan Koperasi ini tentunya kejayaan yang diperolehi bukan setakat kemegahan tetapi perlu disusuli dengan peningkatan faedah-faedah kepada anggota Koperasi contohnya seperti duit raya tahunan, skim insuran kelompok, khariat kematian, bantuan bencana alam, biasiswa dan dermasiswa untuk anak anggota dan rumah peruntukan kepada anggota. ​



Pergerakan Koperasi kini pula diharap oleh pihak Kerajaan untuk berperanan sebagai sektor ketiga dalam pembangunan negara. Sebagai sektor ketiga,Koperasi perlu turut menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya menyediakan peluang-peluang perniagaan di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan anggota, anak-anak anggot serta keluarga anggota. Ini adalah satu cabaran dan perlu diusahakan oleh Koperasi di dalam mempertingkatkan taraf hidup anggota.


Kejayaan perlulah selari dengan peningkatan semangat kerjasama di kalangan anggota untuk menjayakan aktiviti-aktiviti Koperasi. Koperasi mampu menjalankan perniagaannya sekiranya tanah-tanah milik Koperasi telah dibangunkan sama sekali. Dengan aset yang berbentuk bangunan, rumah kedai, pajakan tanah serta pencarian bank tanah, Koperasi boleh menjalankan perniagaannya ​


Harapan-harapan ini hanya dapat dijayakan sekiranya di kalangan anggota, Lembaga Pengarah dan pengurusan mempunyai kesepaduan dari segi matlamat dan cara bertindak serta bekerja. Kita memerlukan fokus dan keutamaan serta kecepatan bertindak tanpa mengenepikan pematuhan peraturan dan undang-undang serta amanah yang dipertanggung jawab kepada kita semua.



KOPERASI TUNAS MUDA SG. ARA BERHAD


HUBUNGI : 604 - 643 8515 Faks : 604 -6437507
Email : mail@tunasmuda.com.my

No.126, Jalan Dato' Ismail Hashim, Taman Tunas Muda Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
MALAYSIA