• BAHASA
    • ENGLISH
    • MELAYU
  • PROFIL
    • SEJARAH
    • SELESAI HUTANG
    • DALAM DILEMA
    • BELIAN TANAH
    • ANUGERAH
    • KEANGGOTAAN
  • PENGURUSAN
    • PENGARAH
    • PENGERUSI
    • JKK KECIL
    • PENGURUSAN
    • AUDIT DALAMAN
  • BERITA
    • BERITA PERISTIWA
    • BERITA KEANGGOTAAN
    • PERUNTUKAN AHLI
    • BULETIN
  • GALERI
    • GAMBAR
    • VIDEO
  • PROJEK
    • JUALAN
    • SEWAAN
    • TELAH DIBINA
  • BORANG
    • BORANG AM
  • DAFTAR
  • HUBUNGI
    • PERTANYAAN AM
    • E-CUTI
    • LOKASI KAMI

TUNASMUDA



LATAR BELAKANG











VIDEO LATAR BELAKANG TUNASMUDA





Video ringkasan Sejarah :
​Koperasi TunasMuda Sungai Ara Berhad



LATAR BELAKANG



Koperasi ini telah diasaskan dalam tahun 1963 oleh beberapa pemimpin tempatan dengan sokongan UMNO Sungai Ara dan kerjasama seorang Pegawai Koperatif Melayu (Malay Co-operative Officer) Encik Jaafar bin Haji Abd. Majid. Hanya pada 31 Disember 1966 Koperasi ini didaftarkan di bawah Undang-Undang Syarikat Bekerjasama 33/1948.

Bilangan Pendaftaran 4303 dengan nama Syarikat Bekerjasama-Sama Serbaguna Tunas Muda Sungai Ara dengan Tanggongan Berhad yang kemudiannya dipinda kepada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad pada 30.9.1980.



Sejarah dan perjuangan untuk menjayakan Koperasi ini sebelum dan selepas penubuhannya tidak habis-habis menempuh berbagai rintangan besar dari segala jurusan di samping tidak sedikit sumbangan dan pengorbanan yang diberi oleh orang-orang perseorangan dan pihak-pihak tertentu.

Antara lain, tujuan utama pada masa penubuhan Koperasi ini ialah untuk mempertahankan tempat kediaman dan mencegah daripada diusir penduduk-penduduk tanah kepunyaan Brown Estate di kawasan Sungai Ara, Relau, Sungai Nibong, Sungai Kluang, Sungai Tiram dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pada masa itu tanah-tanah tersebut sedang dalam rancangan untuk dijual bagi menjelaskan ‘estate duty’ pemiliknya Miss Helen Margaret Brown yang telah meninggal dunia.



N.T.S. Arumugam Pillai telah membeli sebahagian besar tanah-tanah tersebut. Penduduk-penduduk tanah tersebut yang kebanyakannya orang-orang Melayu golongan miskin terancam dan mungkin diusir keluar oleh pemilik baru bila tanah-tanah tersebut dikehendaki bagi tujuan tertentu seperti pembangunan perumahan dan sebagainya.

Kebanyakan penduduk-penduduk menumpang tinggal dan mencari nafkah di atas tanah-tanah tersebut sebagai penoreh getah, buruh kasar, pesawah, penanam sayur, penternak dan sebagainya yang berpendapatan rendah dan tidak tetap, purata kurang dari RM200.00 sebulan. Mereka inilah kebanyakannya yang menjadi ahli Koperasi ini.



KOPERASI TUNAS MUDA SG. ARA BERHAD


HUBUNGI : 604 - 643 8515 Faks : 604 -6437507
Email : mail@tunasmuda.com.my

No.126, Jalan Dato' Ismail Hashim, Taman Tunas Muda Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
MALAYSIA