www.TunasMuda.com.my
notis akta
Notis Perlindungan Data Peribadi
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (No. 126, Jalan Dato’ Ismail Hashim, Taman Tunas Muda Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang) menggunakan data peribadi pelanggan.
Kami menghargai data peribadi pelanggan dan prospektif pelanggan kami. Polisi Perlindungan Data Peribadi ini adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta tersebut") yang diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan maklumat peribadi dalam transaksi komersial yang telah berkuatkuasa pada 15hb November 2013. Demi mematuhi Akta tersebut, kami telah mengadakan dasar ini bagi panduan anda tentang kaedah kami untuk mengumpulkan, memproseskan, menggunakan, mendedahkan, memindahkan dan menyimpankan data peribadi anda. Sila membaca dan mengajikan dasar ini untuk mengetahui hak-hak anda dalam perkara ini.
Menurut Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Polisi ini dibekalkan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris. Di dalam keadaan mana terdapat ketidakseragaman, versi Bahasa Inggeris Polisi ini akan digunapakai sebagai rujukan pertama.
1. Pengumpulan Data Peribadi
Dalam urusan anda dengan kami, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, termasuk syarikat induk, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat sekutu, sama ada pada masa kini atau di masa hadapan (kesemuanya dikenali sebagai "kami" di dalam dasar ini), kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda ("Data Peribadi") untuk membolehkan kami memasuki komersial urus niaga dengan anda atau menyampaikan notis, perkhidmatan dan/atau produk berhubung dengan perniagaan kami.
2. Jenis Data Peribadi
Jenis Data Peribadi yang akan dikumpulkan oleh kami adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat peribadi seperti nama, umur, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, alamat rumah, alamat e-mel, jantina, tarikh lahir, taraf perkahwinan, pekerjaan, bangsa dan agama, butir-butir perhubungan seperti nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor fax, warganegara, jenis pinjaman bank berkaitan dengan membeli harta, butir kad kredit atau akaun bank, butir perubatan, dan butir pihak ketiga seperti butir-butir orang hubungan kecemasan, penyewa, wakil yang diberi kuasa, kontraktor, peguam, dan ahli kewangan.
3. Tujuan Proses Data Peribadi
Kami memproses Data Peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan yang lain: -
- penghantaran notis-notis, perkhidmatan atau produk-produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
- agar kami dapat menyediakan segala perjanjian dan/atau kontrak yang berkaitan dengan jual beli transaksi dan melaksanakan kewajipan kami di bawah perjanjian untuk produk dan perkhidmatan kami untuk tujuan mentadbir perniagaan dan harta kami dan juga untuk tujuan-tujuan yang lain termasuk dan tidak terhad kepada pentadbiran penjualan, membiayai semula dan jualan lelong;
- untuk memungut pembayaran yang belum jelas;
- untuk memelihara rekod-rekod pelanggan kami dan melaksanakan hubungan pengurusan prosedur dengan pelanggan dan prospektif pelanggan kami
- untuk membalas soalan, komen dan maklum balas daripada anda;
- pemasaran dan aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan berhubung projek-projek, produk-produk dan servis-servis terkini kami;
- memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami;
- milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/hartanah, jagaan pelanggan dan/atau kerja-kerja pembaikan kecacatan;
- perkhidmatan pasca milikan kosong, seperti perkhidmatan rumah kelab, keselamatan dan program kesetiaan pelaggan;
- untuk tujuan dalaman kami seperti audit, analisis data, dan penyelidikan untuk menaiktarafkan pelbagai perkhidmatan dan jualan produk, promosi dan pengiklanan dan komunikasi dengan pelanggan-pelanggan kami.
4. Sumber Data Peribadi
Pengumpulan Data Peribadi boleh dilakukan melalui pelbagai cara dan daripada sumber yang sah dan telus, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- perjanjian untuk jual beli atau sub-jualan hartanah kami atau untuk perkhidmatan kami;
- borang-borang kami sama ada dalam format elektronik ataupun bercetak;
- apa-apa surat-menyurat yang kami terima daripada anda untuk meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan;
- kad perniagaan atau maklumat lain yang dibekalkan kepada kami atau yang telah diletakkan di dalam premis kami atau diberikan kepada pekerja atau ejen jualan atau pemasaran kami atau ejen kami yang lain;
- penyerahan daripada orang yang ditentusahkan butir-butir hubungan peribadi;
- dan/atau surat tawaran bank (tempatan dan asing).
5. Pendedahan Data Peribadi
Secara umumnya, kami akan menyimpan Data Peribadi yang dibekalkan kepada kami secara sulit. Walaubagaimanapun, anda bersetuju dengan pendedahan Data Peribadi berikut oleh kami kepada kumpulan-kumpulan pihak ketiga berikut yang mungkin terletak di dalam ataupun di luar Malaysia untuk sebab-sebab yang berkaitan dengan Tujuan berikut:
- mana-mana pihak yang kami berada di bawah kerperluan perundangan untuk mendedahkan Data Peribadi kepadanya di bawah undang-undang terpakai atau sebagai jawapan kepada badan berkuasa, termasuklah agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan/atau pengawal selia industri termasuk tetapi tidak terhad kepada pejabat tanah, pendaftaran tanah, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan juga kepada mana-mana pihak ketiga menurut mana-mana perintah mahkamah;
- pembekal kemudahan awam dan utiliti, temasuk tetapi tidak terhad kepada Indah Water Konsortium, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Tenaga Nasional Berhad;
- kontraktor dan pembekal perkhidmatan, temasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit, perunding, akauntan, peguam, penasihat kewangan dan profesional, pemberi pinjaman, syarikat insurans dan syarikat pengurusan harta;
- syarikat induk, subsidiari, syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli kami dalam kumpulan syarikat-syarikat kami;
- rakan-rakan usahasama dan perniagaan kami; dan/atau
- pemilik tanah yang berkenaan, Badan Pengurusan Bersama dan/atau perbadanan pengurusan.
6. Persetujuan Pihak Ketiga
Sekiranya anda telah membekalkan Data Peribadi pihak ketiga (contohnya, orang hubungan kecemasan anda, penyewa, wakil-wakil yang diberikan kuasa, kontraktor, peguam, ahli kewangan) kepada kami, kami bergantung kepada anda untuk memperoleh terlebih dahulu persetujuan pihak ketiga tersebut untuk membolehkan kami untuk memproses Data Peribadi mereka berkenaan Tujuan tersebut.
7. Pindaan Polisi Perlindungan Data Peribadi
Kami boleh, dari masa ke semasa, perlu atau dikehendaki menukar Polisi Perlindungan Data Peribadi kami untuk mematuhi atau menjadi selaras dengan perubahan dalam undang-undang dan peraturan yang terpakai serta operasi dan dasar perniagaan kami.
8. Hak Akses Data Peribadi
- Untuk memastikan semua data-data atau maklumat-maklumat yang diperolehi atau dibekalkan dan keutamaan adalah terkemaskini, lengkap dan tepat, semua pembekal data-data akan diberikan hak dan akses untuk mengemaskini, meminda, mengubah atau memansuhkan data-data peribadi dan maklumat-maklumat dan keutamaan-keutamaan pembekal-pembekal secara bertulis kepada kami di alamat berikut:-
Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad
No. 126, Jalan Dato’ Ismail Hashim,
Taman Tunas Muda Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tel: +604-6438515
Fax:+604-6437507
Email: mail@tunasmuda.com.my
- Meskipun fasal 8 (a) atas, kami berhak untuk menolakkan permintaan anda untuk mengemaskini, meminda, mengubah atau memansuh data-data peribadi anda sekiranya pemprosesan permintaan tersebut adalah tidak munasabah, berulang-ulang, memerlukan usaha terknikal yang tidak seimbang, boleh menjejaskan atau membahayakan privasi orang lain, sangat tidak parktikal, tidak sah, tidak adil atau permintaan akses tidak disarankan oleh undang-undang Malaysia.
9. Pilihan untuk Menghadkan Pemprosesan Data Peribadi
- Data Peribadi yang diberikan kepada kami untuk menjalani pemprosesan sebagaimana dan apabila dikehendaki atau apabila penyenggaraan berjadual. Definisi pemprosesan di dalam Akta tersebut ditakrifkannya sebagai "apa-apa pengendalian atau set operasi yang dilakukan ke atas Data Peribadi, seperti pengumpulan, pencatatan, memegang, menyusun, menyimpan Data Peribadi atau menjalankan apa-apa operasi di dalam Data Peribadi, termasuk: -
- organisasi, menyesuaikan atau mengubah Data Peribadi;
- mendapatkan kembali, merunding atau menggunakan Data Peribadi;
- mendedahkan Data Peribadi menerusi penghantaran, penyebaran atau selainnya; atau
- menjajarkan atau menggabungkan, memadamkan atau kemusnahan".
- organisasi, menyesuaikan atau mengubah Data Peribadi;
10. Akibat Keengganan/Kegagalan Membekalkan Data Peribadi
- Data Peribadi yang anda bekalkan adalah secara sukarela dan bukan di bawah paksaan. Akan tetapi, butir-butir and informasi peribadi tertentu adalah diperlukan untuk menyediakan borang tempahan, perjanjian jual beli dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
- Kegagalan membekalkan Data Peribadi mungkin akan mengakibatkan seperti berikutnya yang mana kami tidak akan bertanggunjawab atas sebarang akibat yang timbul daripadanya:
- ketidakupayaan pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa kontrak dan/atau perjanjian dan/atau Perjanjian Jual Beli berkenaan jualan hartanah, produk-produk dan/atau servis-servis kami;
- ketidakupayaan untuk kami menghantarkan notis-notis, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk yang diminta kepada pelanggan/ bakal perkhidmatan;
- ketidakupayaan untuk kami mengemaskinikan anda berkenaan produk dan/atau pelancaran terkini kami;
- kegagalan menyempurnakan transaksi-transaksi komersial berkenaan projek-projek, produk-produk dan/atau servis-servis kami; dan
- kegagalan untuk mematuhi apa-apa undang-undang, regulasi, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan dan/atau kanun yang terpakai terhadap kami.
- ketidakupayaan pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa kontrak dan/atau perjanjian dan/atau Perjanjian Jual Beli berkenaan jualan hartanah, produk-produk dan/atau servis-servis kami;
www.tunasmuda.com.my