• BAHASA
    • ENGLISH
    • MELAYU
  • PROFIL
    • SEJARAH
    • SELESAI HUTANG
    • DALAM DILEMA
    • BELIAN TANAH
    • ANUGERAH
    • KEANGGOTAAN
  • PENGURUSAN
    • PENGARAH
    • PENGERUSI
    • JKK KECIL
    • PENGURUSAN
    • AUDIT DALAMAN
  • BERITA
    • BERITA PERISTIWA
    • BERITA KEANGGOTAAN
    • PERUNTUKAN AHLI
    • BULETIN
  • GALERI
    • GAMBAR
    • VIDEO
  • PROJEK
    • JUALAN
    • SEWAAN
    • TELAH DIBINA
  • BORANG
    • BORANG AM
  • DAFTAR
  • HUBUNGI
    • PERTANYAAN AM
    • E-CUTI
    • LOKASI KAMI

TUNASMUDA



BERITA PERISTIWA



FEBRUARI 2023

PENYERAHAN ZAKAT KOPERASI KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA YANG UZUR





Sumbangan Zakat kepada Anggota koperasi yang uzur telah di sampaikan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari di rumah Anggota yang terlibat. Sumbangan telah di sampaikan pada 2 Februari 2023.



JANUARI 2023

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT KOPERASI KEPADA WAKIL DAN ASNAF





Sumbangan Zakat kepada Asnaf yang layak telah di sempurnakan oleh pegawai koperasi yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan bendahari di kawasan sekitar perniagaan koperasi. Majlis telah diadakan pada 30 Januari 2023, bertempat di bilik seminar, KTMSAB.



Disember 2022



Lawatan ke Hotel Tunas Resort, Teluk Kemang pada 20 Dis 2022 yang terdiri daripada ALK, JKK Kawalan dan staf pengurusan dapat melahirkan kolaborasi, kombinasi, kerjasama dan kesatuan yang dapat menzahirkan kejayaan berterusan serta terus melangkah ke arah masa depan yang terjamin untuk koperasi.








November 2022



Taklimat Pengurusan Kewangan yang telah diadakan pada 26 November 2022 , di Dewan Sekolah Agama Sungai Ara. Taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai AKPK, Encik Cheong Puck Kin.









Seramai 122 orang Anggota telah menghadiri taklimat ini.









November 2022



Seminar Pendidikan Anggota Baru yang telah diadakan pada 5 November 2022 , di Bilik Seminar KTMSAB. Turut bersama menghadiri program ini Tuan Setiausaha Encik Abdul Rahim bin Zakaria. Dua Pegawai IKMa, Zon Utara telah dijemput sebagai penceramah pada program tersebut. Tahniah kepada Anggota yang telah berjaya menamatkan program dan telah menjadi sebahagian daripada Keluarga Besar Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.









Anggota turut mengambil bahagian dalam sesi menjawab kuiz.










Oktober 2022



Majlis Pembukaan Semula Stesen Minyak Petronas dan Hari Penghargaan Pelanggan pada 31 Oktober 2022, dihadiri 3 Pegawai KTMSAB, iaitu Tuan Hj. Suhaimi bin Abdul Jalil (Pengerusi), Encik Abdul Rahim bin Zakaria (Setiausaha) dan Tuan Bendahari Encik Mohd. Nagib bin Ahmad. Turut bersama Ketua Pegawai Operasi Tn. Hj. Rozali bin Baharudin dan Encik Suhaidi bin Abdullah selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan serta En. Khairul Naim bin Khalid selaku Pengurus Stesen Petronas. Manakala dari pihak Petronas Pengurus Besar Wilayah Utara, En. Shafiq, Pengurus Kawasan, Ms Chok dan Pengurus Kawasan (Kedai Mesra), Puan Farzana.











Julai 2022



Misi Bantuan Kemanusiaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Di Pekan Kupang Dan Kampung Iboi Kupang Baling, Kedah Darul Aman Pada 9 Julai 2022. Turut bersama team misi bantuan , Tuan Setiausaha Encik Abdul Rahim bin Zakaria dan Tuan Bendahari Encik Mohd. Nagib bin Ahmad.










Julai 2022



Misi Bantuan Kemanusiaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Di Pekan Kupang Dan Kampung Iboi Kupang Baling, Kedah Darul Aman Pada 9 Julai 2022. Sumbangan di sampaikan Oleh Tuan Bendahari Encik Mohd. Nagib bin Ahmad kepada salah seorang mangsa yang terlibat dengan kejadian banjir pada 4 Julai 2022.










April 2022



Majlis Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Disampaikan Oleh Pengerusi Tn Hj Ustaz Suhaimi Jalil dan Setiausaha Tn Rameli Budin Dan Barisan Lembaga Kepada Golongan Masjid & Surau Di Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Pulau Pinang Pada 27 April 2022.










April 2022



Majlis Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad. Di sampaikan Oleh Pengerusi Tn Hj Ustaz Suhaimi Jalil, Setiausaha Tn Rameli Budin, Bendahari Tn Hj Manap Md Diah Dan Barisan Lembaga Kepada Golongan Asnaf Di Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Pulau Pinang Pada 25 April 2022










Februari 2022



Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB) telah menerima Anugerah Tempat Ke 8 daripada 100 Koperasi Terbaik di Malaysia sempena Program Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi.


Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.





Disember 2021



Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB) telah memperolehi anugerah Koperasi Perolehan Tertinggi Negeri Pulau Pinang 2020. Encik Abdul Rahim Bin Zakaria yang mewakili pihak anggota lembaga KTMSAB menerima angerah tersebut daripada YB Dato' Ir Ahmad Zakiyudin Bin Abdul Rahman selaku Timbalan Ketua Menteri 1 Hal Ehwal Agama Islam, Koperasi Dan Pemerkasaan Komuniti bertarikh 6 Disember 2021 di The Light Hotel Seberang Jaya. Semoga KTMSAB sukses selalu di dalam apa jua bidang yang diceburi.



Julai 2021



Video sumbangan Covid oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad kepada penduduk kawasan Sungai Ara.


Moga-moga sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan mereka.



Julai 2021



Majlis Sumbangan Covid oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Disampaikan Oleh Tuan Haji Rozali Bin Baharudin (Ketua Pegawai Operasi) kepada wakil Kampung Baru, Kampung Masjid dan Flat Sri Merpati Di Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Pulau Pinang Pada 02 Julai 2021.










Mei 2021



Majlis Sumbangan Zakat Perniagaan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad Disampaikan Oleh Setiausaha Encik Rameli Bin Budin Dan Barisan Lembaga Kepada Golongan Masjid & Surau Di Pejabat Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, Pulau Pinang Pada 06 Mei 2021.










April 2021



Majlis berlangsung serahan bubur lambuk kepada pelanggan-pelanggan Stesen Minyak Petronas Jalan Dato Ismail Hashim (milik koperasi) oleh Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad pada 16 April 2021 jam 4 petang. Majlis tersebut dimeriahkan bersama-sama Pegawai Koperasi, Ahli Lembaga Pengarah, staff koperasi.








November2020



Special tribute to Dato' Hj Mazlun Mustaffa sempena majlis persaraan beliau pada hari ini selaku COOKoperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.


Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan selama hampir 30 tahun, dari 16 Oktober 1990 hingga 7 November 2020 ini.


Maafkanlah kami semua, warga staff Tunas Muda seperti mana seorang bapa memaafkan anak-anaknya. We will always be one big family. Moga Dato' diberi ketenangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Aminn.

Selamat bersara Dato'.



September 2020



Pada 17 September 2020, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad berjaya mengekalkan pensijilan 5S daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC).


Alhamdulillah, tahniah buat pengurusan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad atas pengekalan pensijilan audit 5S 3 bintang bagi tahun 2020 yang serba mencabar ini.


Semoga ianya akan meningkatkan lagi semangat untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan.


TAHNIAH!!!


​





KOPERASI TUNAS MUDA SG. ARA BERHAD


HUBUNGI : 604 - 643 8515 Faks : 604 -6437507
Email : mail@tunasmuda.com.my

No.126, Jalan Dato' Ismail Hashim, Taman Tunas Muda Sungai Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
MALAYSIA