::PenubuhanKoperasi:: ::Pembelian Tanah:: ::Dalam Dilema:: ::Selesai Hutang::
::PENUBUHAN KOPERASI

Koperasi ini telah diasaskan dalam tahun 1963 oleh beberapa pemimpin tempatan dengan sokongan UMNO Sungai Ara dan kerjasama seorang Pegawai Koperatif Melayu (Malay Co-operative Officer) Encik Jaafar bin Haji Abd. Majid.

Hanya pada 31 Disember 1966 Koperasi ini didaftarkan di bawah Undang-Undang Syarikat Bekerjasama 33/1948. Bilangan Pendaftaran 4303 dengan nama Syarikat Bekerjasama-Sama Serbaguna Tunas Muda Sungai Ara dengan Tanggongan Berhad yang kemudiannya dipinda kepada Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad pada 30.9.1980.

Sejarah dan perjuangan untuk menjayakan Koperasi ini sebelum dan selepas penubuhannya tidak habis-habis menempuh berbagai rintangan besar dari segala jurusan di samping tidak sedikit sumbangan dan pengorbanan yang diberi oleh orang-orang perseorangan dan pihak-pihak tertentu.

Antara lain, tujuan utama pada masa penubuhan Koperasi ini ialah untuk mempertahankan tempat kediaman dan mencegah daripada diusir penduduk-penduduk tanah kepunyaan Brown Estate di kawasan Sungai Ara, Relau, Sungai Nibong, Sungai Kluang, Sungai Tiram dan Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Pada masa itu tanah-tanah tersebut sedang dalam rancangan untuk dijual bagi menjelaskan ‘estate duty’ pemiliknya Miss Helen Margaret Brown yang telah meninggal dunia.

N.T.S. Arumugam Pillai telah membeli sebahagian besar tanah-tanah tersebut.

Penduduk-penduduk tanah tersebut yang kebanyakannya orang-orang Melayu golongan miskin terancam dan mungkin diusir keluar oleh pemilik baru bila tanah-tanah tersebut dikehendaki bagi tujuan tertentu seperti pembangunan perumahan dan sebagainya.

Kebanyakan penduduk-penduduk menumpang tinggal dan mencari nafkah di atas tanah-tanah tersebut sebagai penoreh getah, buruh kasar, pesawah, penanam sayor, penternak dan sebagainya yang berpendapatan rendah dan tidak tetap, purata kurang dari RM200.00 sebulan.

Mereka inilah kebanyakannya yang menjadi ahli Koperasi ini.

louis vuitton outlet jordan 3 sport blue louis vuitton outlet louis vuitton outlet cheap jordans louis vuitton outlet coach outlet louis vuitton outlet louis vuitton outlet louis vuitton outlet louis vuitton outlet beat by dre outlet beat by dre cheap new jordans 2014 jordan 6 history of jordan louis vuitton outlet beats by dre outlet jordan 3 sport blue kate spade outlet jordan 6 sport blue