Koperasi ini terdiri daripada 923 orang Melayu (71.2%), 341 orang anggota Cina (26.3%) dan 32 orang anggota India (2.5%) yang berjumlah 1,296 orang pada 20 Julai 2011

Sumber-Sumber Kewangan Koperasi

Adalah seperti yang diperbekalkan di bawah Undang-Undang Kecil 22, maka Kumpulanwang Koperasi ini hendaklah mengandungi :-

bayaran masuk

wang-wang pertaruhan daripada anggota-anggota dan bukan anggota

pinjaman-pinjaman

kumpulanwang cadang berkanun

pemberian dan derma-derma

lain-lain kumpulanwang yang dipersetujui oleh Ketua Pendaftar

Modal Syer Anggota

Pada 31 Disember 2011, jumlah modal yuran yang terkumpul ialah RM13,795,258.97

Tahun Kewangan Koperasi

Bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember.

Akaun Terakhir

Akaun Koperasi yang telah diaudit dan disahkan Mesyuarat Agung ialah bagi tahun berakhir 31 Disember 2010.

Pengelolaan Koperasi

Terserah kepada sebuah Lembaga Koperasi yang mengandungi 12 orang anggota.